5 Idea Aktiviti Anda Boleh Lakukan Di Sabah Apabila Melancong Dengan NH Travels


Sebut mengenai Sabah pasti ramai yang sudah membayangkan mengenai keindahan negeri ini. Menawarkan seleksi pulau yang pelbagai, tempat penginapan yang menarik serta budaya dan etnik yang unik membuatkan negeri ini sering menjadi tarikan pelancong untuk melancong ke negeri ini.

Dalam pada menawarkan kepelbagaian tempat pelancongan yang menarik, pasti ada diantara anda yang buntu dalam membuat pilihan aktiviti yang ingin dijalankan sewaktu melancong ke Sabah.

Pada kali ini kami ingin kongiskan kepada 5 aktivit yang boleh dijalankan sekiranya anda melancong ke Sabah bersama pakej pelancongan daripada NH Travel.

Pakej ATV

Kami yakin ramai di kalangan pembaca kami yang terdiri daripada anak muda sukakan aktivti lasak dan cabaran walau bagiamanapun tidak berkesempatan untuk melakukannya.

Menerusi NH Travel, kami ingin merealisasikan impian anda dengan menawarkan beberapa pakej ATV yang boleh anda pilih.

Pakej pertama yang ditawarkan adalah pakej ATV Leisure. Pakej ini menbolehkan para pelancong merasai pengalaman menunggang ATV sama ada secara perseorang atau berdua dengan melawat ke Desa Farm yang cukup terkenal di Sabah. Sepanjang perjalanan para pelancong bakal menikmati suasana yang nyaman serta terpukau dengan pemandangan sepanjang Desa Farm.

Pakej ini sedia ditawarkan dengan harga RM180 untuk seorang dan RM240 sekiranya menunggang secara berdua.

Tidak hanya menawarkan pakej ATV Leisure, NH Travel turut menawarkan pakej ATV khas buat mereka yang meminati sejarah melalui pakej ATV Historical. Pakej ini memfokuskan kepada rondaan tapak berlakunya gempa bumi dimana sepanjang jalan. Pakej ini juga dikhususkan buat mereka yang mahukan cabaran yang lebih ekstrim melalui laluan yang berliku.

Pakej ini mula ditawarkan dengan harga RM190 untuk perseorangan dan RM260 untuk penunggangan ATM secara berdua.

Buat anda yang mahukan kepuasan berganda, kami cadangkan anda untuk mendapatkan pakej combo yang menggabungkan ATV Leisure dan ATV Historical. Lebih menarik, pakej ini turut ditawarkan dengan harga yang sangat berbaloi untuk didapatkan iaitu serendah RM225 untuk perseorangan dan RM290 secara berdua.

Paragliding

Khas buat anda yang cintakan aktiviti air, Sabah turut menawarkan seleksi aktiviti air khas buat para pelacong. Antara tarikan serta menjadi pilihan para pelancong adalah paragliding. Menarik mengenai paragliding di Sabah, anda dapat turut berpeluang keindahan negeri di udara yang sangat indah dan sukar untuk digambarkan. Pakej paragliding ini turut ditawarkan NH Travel dengan harga serendah RM200 sahaja.

Island Watersport

Bukan sekadar paragliding, aktiviti pelancongan yang aktif di Sabah turut menawarkan pelancong dengan kepelbagaian aktiviti air yang lain seperti menunggang jet ski, banana boat, seawalking, parasailing, seawalking dan scuba dive. Masing-masing ditawarkan dengan harga mampu milik yang pastinya membuatkan anda teruja sebagai pelancong.

Zipline 

Sebuah lagi tarikan yang mungkin anda tidak di tempat lain serta ditawarkan di Sabah adalah aktiviti zipline dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi dengan harga serendah RM69 sahaja.

White Water Rafting

Khas buat anda yang mahukan aktiviti air ekstrim secara berkumpulan, aktiviti white water rafting bersama rakan-rakan pastinya menjadi pilihan dimana anda bersama keluarga atau rakan-rakan berpeluang meranduk air yang deras yang pastinya memberi kepuasan dan keriangan.

Tidak seperti negeri lain yang menawarkan aktiviti ini dengan harga yang mahal, aktiviti white water rafting menerusi NH Travel sedia untuk ditempah dengan harga serendah RM209 sahaja. Berbaloi bukan

Mengapa NH Travel wajar menjadi pilihan

Umum tahu Sabah cukup terkenal dengan penawaran pakej perlancongan serta aktivit yang pelbagai. Dalam erti kata lain, syarikat yang menawarkan pakej yang menawarkan pakej pelancongan juga pastinya sangat banyak dimana para pelancong berpeluang membuat perbandingan syarikat pelancongan terbaik.

Menerusi NH Travel, kami menawarkan sebuah pakej yang fleksibel dimana para pengguna bebas untuk membuat pembatalan pakej pelancongan sekiranya tidak dapat melancong secara percuma. Perkara ini pastinya memberi kelegaan buat para pelancong dimana wang deposit mereka tidak hilang.

Bukan itu sahaja, NH Travel turut menawarkan perkhidmatan tempahan yang pantas dimana para pelancong tidak perlu menunggu lama untuk dalam mengesahkan pakej pelancongan yang ditempah sekaligus mampu merancang aktiviti pelancongan bersama keluarga atau rakan dengan lebih awal dan selesa.

Terakhir, kami yakin orang ramai sangat mahukannya iaitu pakej pelancongan yang berbaloi dan mampu milik. Itulah yang cuba ditawarkan NH Travel dimana pakej daripada syarikat kami hadir dengan pakej yang berbaloi dan mampu milik yang pastinya membuatkan anda pasti berpuas hati dengan pakej yang kami tawarkan.

Diharap perkongsian daripada kami daripada NH Travel ini secara tidak langsung bakal memberi gambaran dan idea aktivti yang ingin anda jalankan sepanjang berada di Sabah.