8 Tips Penting Buat Anda Yang Pertama Kali Melancong Ke Kundasang, Sabah


Sebut mengenai bercuti siapa sahaja yang tidak suka? Keluar daripada kesibukan diri serta melancong melihat keindahan negeri dan budaya orang sudah menjadi kegemaran buat orang ramai.

Dengan adanya penerbangan kos rendah ketika ini, melancong ke luar negara sudah menjadi sebuah kebiasaan dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda sebuah negeri di Malaysia iaitu Sabah yang pada kami mempunyai keunikan yang tersendiri.

Tips yang akan kami kongsikan pada kali ini khas buat mereka yang pertama kali ke Sabah serta mahu ke Kundasang untuk melihat keindahan pemandagan serta menikmati cuacanya yang sangat dingin.

Daerah Kundasang di Sabah mempunyai tarikan dimana mereka yang pernah melawatinya pasti berhajat untuk kembali. Sampai sahaja di Kundang, anda akan merasakan seolah berada di luar negara berikutan cuacanya yang nyaman serta suasananya yang menenangkan. Berikut merupakan 8 tips bercuti ke Kundasang, Sabah.

1. Terbang ke Sabah awal pagi

Sesiapa yang bercadang mahu terus ke Kundasang disyorkan ambil penerbangan awal ke Kota Kinabalu. Hal ini bagi membolehkan anda terus bergerak ke Kundasang. Sekiranya anda sampai ke Kota Kinabalu (KK) lewat petang atau malam sebaiknya bermalam di KK dulu, keesokan paginya baru gerak ke Kundasang dengan kenderaan.

Jika nak sewa kereta, kami di NH Travel, ada buat sewa kereta. Boleh rujuk di sini: Senarai Kereta Sewa Kota Kinabalu

2. Perjalanan Berkenderaan Ambil Masa 2 Jam

Perjalanan KK ke Kundasang bakal mengambil masa selama 2 jam. Mulanya anda akan melalui fasa jalan lurus dari KK-Tuaran-Tamparuli. Kemudian selepas melalui Tamparuli barulah memasuki fasa jalan berbukit-bukit hingga ke Kundasang.

Untuk memudahkan anda, pastikan anda guna aplikasi Waze ke Kundasang sebab papan tanda menuju ke Kundasang tidak banyak. Selain itu, anda juga boleh ikuti papan tanda ke Ranau yang bakal membawa anda ke Kundasang.

Biasanya jalan berbukit mulai gelap berkabus dalam jam 5.30 ptg – 6.00 ptg. Tidak digalakkan memandu kepada mereka yg tidak biasa melaluinya sebab agak bahaya.

3. Tarikan Dalam Perjalanan

Apabila melalui kawasan Tamparuli bolehlah singgah ke Rumah Terbalik & 3D Wonder Museum yang betul-betul di tepi jalan belah kiri. Kalau nak singgah Jambatan Tamparuli kena pergi ke arah pekan. Terpulang nak pergi tempat-tempat tarikan ini semasa dalam perjalanan pergi mahupun waktu pulang nanti ke KK.

4. Elakkan membeli sinalau bakas

 

Selepas simpang Tamparuli nak ke Kundasang anda akan lihat terdapat beberapa gerai tepi jalan kiri kanan. Tak perlu susah-susah singgah ya. Gerai-gerai tu menjual Sinalau Bakas ataupun babi hutan salai. Sila teruskan perjalanan ok!

5. Tempat Tarikan Kundasang

Tempat-tempat tarikan ni jaraknya jauh-jauh sikit antara satu sama lain. Sebelum sampai Kundasang, akan melalui Pekan Nabalu. Anda bolehlah singgah beli souvenirs murah-murah di sana berbanding di KK.

Seterusnya anda akan menjumpai Kinabalu Park yang merupakan tempat mula pendakian Gunung Kinabalu. Kemudian anda akan menjumpai roundabout Kobis sekaligus anda sudah sampai di Pekan Kundasang. Antara tarikan menarik yang boleh dituju adalah Desa Dairy Farm dan War Memorial.

Jangan lupa singgah Masjid Kundasang yang terletak di atass bukit dan juga gerai-gerai jual sayur dan buah-buahan yang dijual di kawasan sekitar sebab harganya sangat murah. Terasa bagai nak beli semua sahaja untuk dibawa pulang.

6. Kedai Makan

Untuk pengetahuan, tidak banyak kedai makan di Kundasang. Antara lokasi yang boleh dituju untuk makan adalah di roundabout Kobis dimana terletaknyaa Intan Restaurant & Hidayah Restaurant.

Cukup sekadar memesan nasi putih dan sup-sup panas sudah cukup sedap ditemani pula dengan cuaca sejuk di Kundasang. Oh ya, jangan lupa untuk mencuba Chicken Wings Kundasang. Memang terbaik.

7. Pemandangan Gunung Cantik

Jauh-jauh datang ke Kundasang pastilah Gunung Kinabalu antara yang mahu dilihat bukan? Gunung Kinabalu ni jelas kelihatan mulai jam 6 pagi hingga 10 pagi. Lebih kurang jam 11 pagi gunung mulai dilitupi kabus tebal dan awan.

Sebuah tip buat anda, kami cadangkan anda tidurl di Kundasang satu malam kalau tak nak terlepas peluang keemasan tu! Ada banyak pilihan hotel dan homestay.

Sila booking lebih awal. Best bila bangun pagi-pagi dalam kesejukan dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan. Subhanallah, anda pasti akan jatuh cinta!

Di Kundasang sejukkk sangat tau! Lagi-lagi waktu malam dan juga waktu hujan. Boleh menggigil-gigil badan dibuatnya.

8. Desa Dairy Farm

Kami yakin anda pasti pernah lihat orang ramai muat naik gambar berada di Desa Dairy Farm bersama keluarga atau pasangannya. Lokasi ini sememangnya menjadi tarikan utama orang ramai hadir ke Kundansang dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Untuk mendapatkan gambar dan pemandangan yang cantik, kami cadangkan anda untuk ke Desa Dairy Farm yang dibuka seawal 8 pagi kerana Gunung Kinabalu akan mulai ditutup awan selepas 10 pagi.

Pastikan anda minum susu segar yang dijual di sini kerana rasanya yang sangat enak membuatkan anda teringat-ingat saat sudah mulai pulang ke Semenanjung.

Buat anda yang mahu travel ke Kundasang atau kawasan lain sekitar Sabah namun tidak mahu bersusah-payah merancanga perjalanan, anda boleh sahaja dapatkan servis travel yang banyak tersedia untuk ke Kundasang.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda dalam merancang perjalanan ke Kundasang yang dikatakan sebagai New Zealand tempatan ini.