7 Sebab Servis Kereta Sewa Kota Kinabalu Wajib Menjadi Pilihan


Sebut mengenai Sabah pasti ramai yang membayangkan mengenai keindahan negerinya yang nyaman, damai serta dipenuhi dengan tempat tarikan yang menarik. Negeri ini juga turut terkenal dengan penawaran makanan laut yang pelbagai serta ditawarkan pada harga yang rendah.

Sebut mengenai sektor pelancongan, sudah pastinya pelancong dalam negara yang hadir ke Sabah sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang menetap di Semenanjung Malaysia.

Dalam erti kata lain, apabila melancong ke Sabah sudah pastinya anda memerlukan perkhidmatan kereta sewa. Buat anda yang turut bercita-cita untuk ke Sabah anda tidak perlu risau kerana kami akan membantu anda dalam mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang terbaik.

Sama ada untuk pemanduan sendiri, sewaan coach, van, pengangkutan ke majlis perkawinan, pemanndu, pelancongan korporat dan tempahan hotel semuanya ditawarkan oleh Kereta Sewa Sabah. Pada kali ini kami ingin kepada anda dengan lebih lanjut, tujuh sebab Kereta Sewa Kota Kinabalu berbaloi untuk dipilih buat mereka yang berkunjung ke Sabah.

Mengapa Kereta Sewa Kota Kinabalu wajar menjadi pilihan

Sumber: Mr Neko

Sudah menjadi motto utama syarikat ini dalam menawarkan servis kenderaan yang memberi kepuasan buat para pelanggan. Dalam erti kata lain, para pengguna bakal berpeluang menerima kereta yang ditempah dalam keadaan yang masih baru, bersih, kemas serta bebas daripada sebarang masalah.

Selain itu, seleksi penawaran kenderaan yang ditawarkan oleh Kereta Sewa Kota Kinabalu juga pelbagai. Bermula daripada Perodua Axia sehinggalah kepada Toyota Vellfire, semuanya ditawarkan oleh Kereta Sewa Kota Kinabalu mengikut kegunaan dan keperluan anda. Buat anda yang tidak mahu memandu ketika melancong, anda tidak perlu risau kerana syarikat ini turut menawarkan perkhidmatan pemandu.

Khas buat anda yang mahukan cabaran dan inginkan pelancongan yang lebih ekstrim, anda juga berpeluang Toyota Hilux Revo atau Toyota Fortuner antara yang dicadangkan. Berbeza pula dengan mereka yang ingin menghadiri majlis perkahwinan atau pasangan pengantin yang mahu bergaya menghadiri hari yang penuh bersejarah dengan menyewa Toyota Camry atau Toyota Vellfire dengan sewaan harga berbaloi.

Sumber: Kayak

Tidak hanya menawarkan kereta sewa sekitar Sabah, syarikat Kereta Sewa Kota Kinabalu ini turut memudahkan anda penawaran jaringan penginapan dan tempahan hotel sekitar Sabah.

Para pengguna juga berpeluang memilih jenis penginapan mengikut keselesaan. Sebut sahaja, hotel, homestay, servis apartment, semuanya ditawarkan oleh Kereta Sewa Kota Kinabalu mengikut tempat yang ingin dituju. Mudah bukan?

Khas buat para pelancong di Semenanjung, Kereta Sewa Kinabalu turut menawarkan servis penghantaran pergi dan pulang ke lapangan terbang ke tempat penginapan atau tempat-tempat pelancongan menarik khusus buat mereka yang mengambil servis pelancongan daripada syarikat ini.

Sememangnya perjalanan atau pelancongan anda ke negeri Sabah semuanya lebih mudah dengan adanya Kereta Sewa Kota Kinabalu. Bermula daripada tempahan kereta kepada pakej pelancongan kepada tempat penginapan, semuanya diuruskan oleh sebuah syarikat yang sama.

Buat anda yang sudah lama bercita-cita untuk ke Sabah, apa tunggu lagi, tempah segera dengan Servis Kereta Sewa Kota Kinabalu terus daripada rumah anda sahaja. Anda boleh klik di sini untuk memilih pakej yang dimahukan atau kereta yang ingin ditempah.

Menyoal dari segi harga, syarikat besar ini pastinya tidak menjadi bebanan buat anda untuk melancong di Kota Kinabalu dan sekitar Sabah.

Bukan itu sahaja, anda bakal turut menerima diskaun berganda dengan harga berbaloi sekiranya anda menyewa kenderaan lebih daripada 3 hari bermula daripada 5% sehingga 50% buat mereka yang menyewa selama 26 hari dan ke atas. Berbaloi bukan?

Sumber: borneodihati

Berbincang mengenai cara tempahan, sememangnya Servis Kereta Sewa Kota Kinabalu mahu membantu anda melakukan pembayaran dengan mudah. Anda berpeluang membuat bayaran secara tunai atau secara pembayaran atas talian melalui CIMBClicks atau Maybank2u. Tempahan secara kad kredit juga turut diterima.

Para pelayan dan pemandu kami yang berpengalaman pastinya akan membantu anda dalam menawarkan servis yang terbaik seperti yang anda mahukan. Ayuh, klik di sini untuk melawati laman web servis Kereta Sewa Sabah.